![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb3F-i9JqDWdN-qeudTYKTkwXZ7LbteFHaCmQ40efZBy1FlrY2sghC1PZCiX426lqFrWRlclyGen_W1TLc9PyMOhahvnPHN8ODA_oanaacU8atxzH4RXnXZtTuvU4GvGO9-jI576I/s320/AerodramusFuciphagus.LipKee1.jpg) |
Burung Walit : Punyai sarang yang berkhasiat tinggi |
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang
burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan
tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.
Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula
struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan
kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Selain membekalkan kecantikan pada
kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana
mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman,
khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati
ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein
gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang
tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka
panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur
protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam
sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan
penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita
hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas
berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah
lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu
juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung
itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada
cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu.
Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Namun kini, menyedari khasiatnya dan
permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh
didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki
oleh semua golongan.
Ekstrak sarang burung walet mampu
membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke
dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan
kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan
keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
Kajian perubatan Cina di Beijing
mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan
juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi
agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang
burung bermanfaat sebagai:
#
Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat
melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki
saluran pencernaan.
#
Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk.
Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan
saluran pernafasan.
# Pengambilan
sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada
punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat
mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
#
Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan
tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
#
Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap
nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
#
Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat
mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah
serangan barah
sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/312-pertanian-komersial/7795-khasiat-sarang-burung-walit.html
Baca Selanjutnya ...