Saturday 16 February 2013

Sarang kami jadikan Air Sarang Walit Syifa'

Contoh Rumah Burung Walit

Assalamualaikum

Ada yang bertanya mengapa perlu kita membina begitu banyak rumah burung sedangkan rumah burung sudah pun banyak di Malaysia.

Sebenarnya rumah burung di Malaysia memang banyak namun anggaran 70% rumah burung di Malaysia gagal dan tidak dimasuki burung. Apatah lagi peratusan kekurangan bekalan sarang walit bagi pasaran dunia masih kekurangan 70%. Mengapakah sarang masih kurang sehingga 70% untuk pasaran dunia? Jawapannya mudah,iaitu kerana burung walit tidak hidup di negara-negara lain melainkan di Asia Tenggara sahaja.

Kerana itulah kami sentiasa berusaha memberi peluang kepada semua memiliki rumah burung. Hasil yang diperolehi kami akan beli dengan harga semasa. Kami akan menjadikan sarang burung tersebut sebagai air sarang walit syifa'. InsyaAllah perancangan masa depan kami ingin mengeluarkan produk berasaskan kecantikan pula.

Dengan adanya golongan Islam mempelopori dunia walit ini, maka tidak mustahil ekonomi umat Islam boleh berkembang maju dengan jayanya. InsyaAllah doakan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah kita menjadi ummat yang mantap dan berjaya.

CREDIT TO: Sifu Walit 
Baca Selanjutnya ...

Friday 15 February 2013

Usahawan Walit ramai gulung tikar?


Assalamualaikum

Hari sabtu yang lalu, seorang jurutera Petronas datang ke pejabat Mectten bagi membincangkan rumah burungnya. Beliau ingin mendapatkan nasihat bagaimana untuk menambahkan lagi populasi burung di dalam rumahnya.

Beliau kelihatan cukup yakin bahawa industri rumah burung akan terus berkembang maju. Sebagai salah satu syarikat peneraju industri burung walit di Malaysia, saya berpandangan harga sarang yang jatuh akan naik semula tidak lama lagi. Buktinya, permintaan sarang di seluruh dunia tetap meningkat. Cuma bagi pengeksport sarang burung mereka kena bersabar agar masalah birokrasi diantara Malaysia dan negara China diselesaikan segera.

Ada yang menulis di laman internet yang mengatakan sarang burung adalah industri yang sama seperti ikan keli, lintah dan sebagainya. Sebenarnya yang menulis sebegitu tidak faham mengenai industri walit ini. Kelebihan walit ialah sarangnya boleh di simpan sehingga bertahun-tahun dan tidak rosak. Pengusaha boleh terus menyimpan sarang burung jika harga pasaran jatuh, dan menjualnya bila pasaran naik. Berbeza dengan keli dan lain-lain jika tidak dijual ianya akan busuk dan rosak.

Kerana itu jika kita lihat, orang-orang cina terus membina rumah burung mereka. Malahan di waktu harga jatuh inilah ramai pemborong-pemborong semakin ligat membeli sarang burung dengan tujuan untuk menyimpan.

Air walit syifa' juga terus mendapat sambutan. Ketika ini Koperasi darul Syifa' di Bangi juga sudah menjadi antara stokis yang paling aktif di Selangor. Bagi yang ingin mendapatkan stok boleh hubungi stokis yang berdekatan. Yang penting kita mesti mempunyai keyakinan yang tinggi bahwa industri ini akan naik tak lama lagi seperti sediakala dengan izin Allah swt, insyaAllah

CREDIT TO: Sifu Walit
Baca Selanjutnya ...