Tuesday 29 January 2013

Maha Agung Allah pencipta burung walit


Subhanallah, maha suci Allah yang mencipta kita dengan sekalian makhluknya. Burung walit, satu spesis burung yang akan keluar selepas subuh dan balik selepas maghrib. Ada juga yang akan pulang lewat. Dengan habitat yang mudah, maka ianya boleh hidup di mana-mana sahaja di Malaysia ini selagi ada makanan dan minuman.

Walit mampu terbang melebihi 100 km sehari pergi dan balik. Dia tidak memerlukan rehat sewaktu terbang berbelas jam. Mungkin kerana itulah sarangnya mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik. Kalau dahulu kita hanya mendengar kaum cina mendapat manfaat dari sarang burung walit ini, tetapi kini, Allah swt telah memberikan peluang kepada umat Islam untuk merasainya terutama bagi bangsa Melayu.

Sarang walit yang biasanya dijual dengan harga seribu ke atas untuk 3 atau 4 keping sahaja kini sudah mampu untuk diminum dengan harga RM 130 sahaja. Memang terlalu murah. Namun inilah antara usaha awal kami ingin memberi masyarakat Islam menikmati khasiatnya. Betapa beruntungnya masyarakat Islam kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat dan faedah dari langit ini.

Alhamdulillah, selagi kami mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik maka akan kami lakukan. Semoga terdapat sedikit pahala pemberian Allah swt di situ. Mungkin semakin lama semakin banyak pula khasiat-khasiat baru yang kita ketemui. Begitulah hebatnya Allah dalam memberikan kebaikan kepada kita semua.

CREDIT TO :Sifu Walit 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...