Sunday 27 January 2013

Air walit syifa' terus mendapat sambutan


Baru-baru ini saya mendapat feedback daripada pelanggan yang menggunakan air walit syifa'. Alhamdulillah, ramai yang mengaku akan keberkesanan air sarang walit syifa' ini. Apatah lagi sarang yang terdapat di dalamnya begitu terasa apabila air tersebut diminum.

Antara yang mencubanya ialah pesakit kencing manis, darah tinggi, batuk asma dan juga pesakit kanser. Sepertimana yang kita sedia maklum, sarang walit ini mengandungi begitu banyak kebaikan yang Allah swt ciptakan. Mungkin juga kerana walit ini sendiri diciptakan tidak kenal erti letih apabila terbang sehingga berbelas jam tanpa rehat. Malahan ketika hujan lebat juga mereka tidak berteduh.

Saya juga mendapat maklumbalas dari orang-orang cina yang mengatakan betapa murahnya harga air walit syifa'. Bagi mereka untuk botol 750ml harga kebiasaannya adalah antara RM 300 ke 400 sebotol. Namun saya menerangkan, kami meletakkan harga yang agak murah bagi membolehkan orang-orang yang kurang berkemampuan membelinya. Alhamdulillah nampaknya semakin hari semakin bertambah pengguna air walit syifa'.

Bagi yang ingin membelinya bolehlah menghubungi kami untuk mengetahui stokis yang berhampiran di tempat saudara. Bagi yang berada di Perak boleh sahaja menghubungi Stokis negeri untuk bertanyakan stok ataupun stokis kawasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...